Rabu, 04 April 2012

Dadali Sedih Disamakan Dengan Peterpan

 
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Popular dengan single Disaat Aku Mencintaimu, vokalis kumpulan Dadali, Dyrga akui sedih apabila vokalnya disamakan dengan vokalis kumpulan Peterpan iaitu Ariel.

Mahu dikenali dengan identitinya sendiri, penyanyi yang berasal daripada Indonesia itu berharap pendengar dapat membezakan keaslian vokalnya sebenar.

"Ramai di Indonesia yang berkata vokal saya seakan sama nyanyian Ariel Peterpan.

"Malah mereka gembira kerana dapat mengubat rindu mereka pada Ariel menerusi nyanyian saya.

"Sehinggakan peminat meminta saya untuk menyanyikan lagu Peterpan iaitu Mungkin Nanti sebagai pengubat rindu mereka.

"Saya agak sedih apabila seperti dituduh meniru suara Ariel, padahal vokal saya memang asli daripada cara nyanyian saya sendiri.

"Saya berharap sangat agar dapat lari dari bayangan Ariel selepas ini apabila peminat mendengar sendiri album penuh saya yang berjudul Disaat Aku Mencintaimu,"katanya ketika pelancaran single keduanya di Hard Rock Cafe, petang semalam.

Selain Dyrga, Dadali yang baru saja ditubuhkan sejak tahun 2009 itu turut dianggota oleh Fadel (bass), Rickarjd dan Yuda (gitaris), Oq (dram) serta Rix (keyboard).

Dadali yang tiba ke Malaysia sejak beberapa hari lalu itu untuk melancarkan serta mempromosi single kedua berjudul Cinta Bersemi Kembali di sini.

Sekaligus turut mempromosikan album pertamanya yang memuatkan lagu popularnya, Disaat Aku Mencintaimu.

Pada Februari 2011, Dadali telah mendapat penghargaan dari Musuem Rekor Indonesia (MURI) sebagai kumpulan yang punya ramai viewer di laman Youtube untuk video lagu Disaat Aku Mencintaimu dalam masa yang singkat. Mereka berjaya menerima 2 juta viewer di laman tersebut.

Tidak percaya dengan pencapaian tersebut, Dyrga berkata sedikit sebanyak lagu tersebut telah memberi kesan kepada hidup mereka.

"Saya pun tidak sangka, dalam masa yang singkat kita berjaya menerima jumlah viewer yang begitu banyak sekali.
"Sebenarnya lagu ini dicipta oleh gitaris kami iaitu Yuda yang kebetulan berjaya melahirkan sebuah lagu ilham daripada kisah percintaanya yang putus di tengah jalan.

"Saya akui selepas lagu ini digemari ramai, ia telah memberi perubahan kepada kami kerana nama Dadali sudah semakin popular dan dikenali.

"Saya berharap dengan populariti yang kami capai itu dapat membuka jalan serta platform kami di industri muzik tidak kira di Indonesia ataupun Malaysian,"jelasnya lagi.

Dadali yang baru sahaja pulang daripada konsert Jom Heboh di Terengganu, Ahad lalu bakal menghasilkan album kedua di Indonesia tidak lama lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar