Kisah yang kami bawakan minggu lalu bukan penghujung untuk cerita pertemuan kami, ada yang masih kami simpan untuk kejutan peminat figura muzik ini.
Banyak soalan yang kami terima menerusi #TanyaAriel sebelum berangkat pergi adalah perkara yang ingin sekali Ariel Peterpan lakukan sejurus selepas keluar dari penjara Bandung.
Ariel Peterpan menjawab soalan anda secara eksklusif kepada wartawan Rotikaya.com dan kalau di’lihat kepada jawapan ringkas beliau ini, kita boleh tahu yang Ariel Peterpan merupakan seorang yang menghargai ahli keluarga dan juga teman teman rapat beliau.
- Aku terlalu rindukan rumah aku sendiri. Katil aku & suasana sekeliling. pastinya rumah adalah destinasi pertama aku pergi selepas keluar.
- Teman teman aku memang tidak putus berikan sokongan selama aku di’sini, maka bertemu mereka jadi satu kemestian selepas penjara.
- Itu termasuklah teman teman perjuangan aku dalam Peterpan, mereka tidak sesekali terfikir untuk gantikan aku — juga rencana untuk album terbaru Peterpan nanti.
- Paling penting buat aku, keluarga. Aku mahu berjumpa mereka yang selama aku di’penjara masih setia di’sisi. Aku kepingin habiskan masa yang banyak untuk mereka selepas ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar