Vokalis kumpulan Dadali, Dyrga meluahkan
rasa sedih dan tidak senang apabila sebilangan besar peminat yang
mendengar suaranya menerusi single hits 'Disaat Aku Mencintaimu',
menyamakan vokalnya yang sesedap halwa telinga itu, dengan vokalis
kumpulan Peterpan, Ariel.
Malah jejaka berusia 25 tahun ini menganggap komen-komen mengatakan suaranya mirip Ariel sebagai satu tuduhan berat buatnya. Kerana sedangkan suara yang dikeluarkan adalah asli dan natural.
"Memang ramai yang bilang suara aku mirip Ariel. Aku sedih. Aku tidak menganggap ia satu pujian atau apa-apa sebaliknya ia satu tuduhan berat buat aku. Suara ku asli dan memang begini. Ternyata dalam dunia ini ada tujuh oarng yang sama. Mungkin ia secara tidak disengajakan", kata Dyrga sewaktu ditemui di majlis pelancaran album Dadali- Disaat Aku Mencintaimu di Hardrock Cafe, semalam.
Disebabkan persamaan itu, ketika Dadali muncul membuat persembahan sama ada di program televisyen juga di pentas konsert, kerap kali mereka diminta untuk menyanyikan lagu Peterpan. Tidak menolak mungkin 'label' yang diberi itu kerana peminat rindu mahu mendengar Peterpan. Tetapi pada Dadali, mereka mahu 'berdiri' dengan identiti sendiri dan berharap peminat dapat menerima mereka seadanya.
"Ada satu waktu, kita perform di sebuah acara televisi berjudul Inbox. Kami di minta membawakan lagu Peterpan, Mungkin Nanti. Itulah sekali Dryga nyanyikan lagu Peterpan. Biarpun di masa lain, ada yang meminta tapi kami menolaknya kerana kami mahu dikenali dengan identiti sendiri bukan dibayangi Peterpan", celah Yuda, gitaris Dadali.
Dalam pada itu juga, Dyrga memberitahu pernah ditawarkan menjayakan konsert jelajah Peterpan di seluruh Indonesia, memandangkan Ariel masih lagi di dalam penjara. Namun dia menolakknya.
Perkembangan lain, Dadali kini dalam proses menyiapkan album kedua mereka. Istimewa, album tersebut akan dimuatkan tiga lagu berentak muzik Melayu, khas untuk peminat-peminat mereka di Malaysia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar